Saturday, June 22, 2013


Petua Untuk Rajin Solat

Google

Sharing is Caring..Pagi² Isnin ni, nak kongsi sikit Petua Untuk Rajin Mendirikan Solat..InsyaAllah =)

Selalu lah baca: Surah Ibrahim, Ayat 40

Maksudnya: " Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku"

Surah Ibrahim Ayat 40-43

 
Google
(40) Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang. Demikianlah juga zuriat keturunanku.  Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku

(41) Wahai Tuhan kami!, berikan lah ampun bagi ku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

(42) Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku permandangan mereka (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)

(43)  ( Dalam pada itu) mereka terburu² (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas)

Mari sama² kita amalkan, insyaAllah..Selamat beramal ;)
kredit to bamboo bambino blog

No comments:

Post a Comment