Saturday, June 22, 2013




SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.Bila rasa hendak marah segeralah mengambil wuduk..

2. Pendendam – Merasa dendam itu boleh memuaskan diri sedangkan memaafkan itu lebih baik..

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya jangan biarkan ibadah kita menjadi sia2 dengan adanya sifat hasad dengki dlm diri kita. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

5. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan:)

6. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

7. Riak – melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji.setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan kelak..

8. Cinta dunia – Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, tetapi ialah MAZMUMMAH.

~Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da’ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.

ni hantu gomok..makang  budok....wakaka....


petua berjaya




    1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah  Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.  Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.  Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.  2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad  Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.  Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.  3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif  Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.  Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.  4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda  Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.  Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.  Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.  5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah  Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.  Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.  6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif  Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.  Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?  Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.  Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.  Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".  - Artikel iluvislam.com                                      


20 TIPS HIDUP SIHAT

1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.
3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.
4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!
6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!
7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.
8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.
9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.
10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat.
12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.
13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.
14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan.
15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .
16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.
17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang
18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat.
19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.
20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan
kredit 1 msia klik

cepat kurus??

 
1. Olahraga
Cara yang satu ini adalah cara paling kuno, tapi populer murah dan efektif.  "Semakin sering menghabiskan waktu berolah raga dan semakin semangat melakukannya, kian banyak kalori yang akan dibakar," kata Christopher Wharton, PhD, peneliti dan pelatih profesional dari Rudd Center for Food Policy and Obesity di Universitas Yale.

Selain itu, menurut pakar obesitas, George Bray MD dari  Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, aktivitas jalan cepat setiap hari adalah jenis latihan yang paling disarankan bagi mereka yang ingin membakar banyak kalori.

Ketika berolahraga, tubuh Anda akan membakar kalori untuk menyediakan tenaga. Namun begitu,  olahraga sangat menguntungkan karena meski latihan Anda sudah selesai tubuh masih akan terus membakar banyak kalori. Walau sulit menentukan berapa lama efek ini akan berlangsung (bervariasi tergantung komposisi tubuh dan tingkat latihan), Wharton memperkirakan bahwa rata-rata metabolisme tubuh akan meningkat sedikitnya dalam 24 jam.

Jika Anda ingin memperpanjang efek pembakaran kalori ini, Wharton menyarankan untuk berolahraga dengan durasi atau waktu yang cukup lama.  "Sejumlah riset menunjukkan  bahwa dengan menambah durasi  olahraga  peningkatan rata-rata metabolisme keseluruhan menjadi panjang," ujarnya.

2. Latihan kekuatan untuk membentuk otot
Ketika berolahraga, Anda menggerakkan otot.  Ini akan membantu membangun massa otot, dan jaringan otot akan membakar lebih banyak kalori ketimbang lemak tubuh,  bahkan saat Anda sedang istirahat sekali pun.  Menurut Wharton, 10 pon otot tubuh dapat membakar 50 kalori dalam sehari saat tubuh diam, dan 10 pon lemak akan membakar 20 kalori.

"Cara paling efektif meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori adalah latihan aerobik dan latihan kekuatan (strength training), keduanya sangat penting," ungkap Megan A McCrory, PhD,  peneliti dari School of Nutrition and Exercise Science di Universitas Bastyr.

Strength training adalah penggunaan resistensi kontraksi otot untuk membangun kekuatan, daya tahan anaerobik, serta ukuran otot rangka. Latihan kekuatan menjadi penting artinya ketika kita beranjak tua di mana metabolisme cenderung mulai menurun.  Salah satu cara untuk memelihara metabolisme adalah memasukkan latihan kekuatan pada program olahraga Anda sedikitnya dua kali seminggu.

3. Minum Teh Hijau dan Teh Hitam
Teh adalah minuman menyehatkan mengandung kafein, yakni stimulan yang dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar. Salah satu yang dapat dirasakan dalam sesaat adalah Anda seperti mendapat banyak energi, yang berarti Anda akan lebih banyak bergerak.  Kafein juga dapat menimbulkan perubahan metabolisme tubuh yang membuat lebih banyak kalori terbakar.

Beberapa riset mengindikasikan, teh hijau atau hitam memilih manfaat yang lebih besar ketimbang kafein yang dikandungnya. Sebuah penelitian mencatat adanya penurunan asupan makanan pada tikus yang diberi polifenol yang ditemukan dalam teh hijau.

Riset lain pada manusia oleh peneliti Universitas Lausanne di Swiss menunjukkan bahwa teh hijau memiliki senyawa penghasil panas dan pembakar lemak melebihi kafein. Ketika 31 pria dan wanita sehat diberi minuman mengandung catechin, kafein dan kalsium selama tiga hari, penggunaan energi mereka selama 24 jam meningkat 4,6 persen.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition edisi  September 2006, peneliti mengungkapkan bahwa minum teh saat makan juga memberikan pengaruh.  Ekstrak teh dapat mengganggu absorpsi karbohidrat dalam tubuh ketika keduanya dikonsumsi bersamaan.

4. Makan sedikit-sedikit, tapi sering
Setiap kali Anda makan atau sekedar mengudap, sistem pencernaan akan bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. Untuk menghidupkan mesin pencernaan dan melakukan proses ini tentu juga dibutuhkan kalori . Oleh sebab itu, masuk akal bila semakin sedikit makan Anda namun sering, makin banyak kalori yang dibakar.

Untuk mekanisme tersebut, ada peneliti yang berpendapat bahwa buktinya belum terlalu kuat. Meski begitu, banyak ahli yang percaya bahwa makan sedikit-sedikit tapi sering adalah cara yang menyehatkan dibanding makan besar satu atau dua kali dalam sehari.

5. Jangan tunda sarapan
Banyak bukti penelitian mendukung adanya hubungan sarapan dengan peningkatan berat badan.  Orang yang menunda sarapan cenderung lebih banyak mengonsumsi kalori pada siang, sore, atau malam harinya. Riset juga mengindikasikan, menunda sarapan berkaitan dengan tingginya indeks masa tubuh pada kalangan remaja.

6.Mengonsumsi produk susu rendah lemak.
Kalsium yang terkandung dalam susu rendah lemak diklaim membantu membakar lebih banyak kalori, namun mekanisme ini akan berfungsi dalam dua cara berbeda. Yang pertama, riset di Denmark menunjukkan tubuh akan menyerap lebih sedikit kalori dan lemak dari makanan ketika mengonsumi kalsium dari produk susu rendah lemak. Kedua, riset lain menyatakan, sering mengonsumsi makanan berkalsium tinggi- termasuk produk  susu rendah lemak - dapat menurunkan  lemak perut terutama pada remaja pria kulit putih.

7. Minum delapan gelas sehari
Minum hampir delapan gelas air (2 liter) dalam sehari dapat membantu membakar ekstra 100 kalori, berdasar penelitian kecil Jerman.  Kedengarannya tidak terlalu besar, namun bila dihitung dalam seminggu bisa mencapai 700 kali atau hingga 2.800 sebulan. Namun begitu peneliti juga mengingatkan jangan pernah minum air secara berlebihan karena bisa mengancam kesehatan.

8. Resah
Berperilaku seperti ini juga membutuhkan energi, dan menurut sebagian ahli resah atau gundah dapat dikategorikan sebagai tindakan. "Sejumlah penelitian lama menyarankan bahwa kalori dapat dibakar setiap hari dengan berperilaku resah," ungkap Jamie Pope, MS, RD, LDN, pakar nutrisi dari Vanderbilt University School of Nursing.

Sebuah riset juga menemukan bahwa tindakan informal seperti resah bisa menjadi faktor yang lebih penting ketimbang latihan formal dalam menentukan siapa yang kurus dan siapa yang gemuk.

Diet dan olahraga adalah topik menarik yang perlu didiskusikan dengan dokter Anda. Sebelum menjalani olahraga atau mengonsumi suplemen pada diet Anda, akan sangat bijak bila  bertanya lebih dulu kepada dokter. Jika Anda mengidap penyakit tertentu atau sedang menjalani pengobatan tertentu, mungkin saja ada aktivitas atau suplemen yang harus dihindari. 



kredit 1 msia klik

Ceria Menawan: Makan Untuk Cantik, Cergas 

 


Apakah makanan yang anda ambil untuk sarapan pagi ini? Mungkin roti canai atau nasi lemak serta teh tarik. Apa saja makanan yang anda pilih, pengetahuan mengenai makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat anda ialah cantik dan cergas.
Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.
Protein
Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.
Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
Asid Lemak Perlu
Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.
Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali.
Pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.
Bahan Lain
Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.
Komponen Mikro
Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.
Vitamin A
Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik. Bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.
Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.
Vitamin C
Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
Vitamin E
Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
Vitamin B
Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.
Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.
Mineral
Kalsium
Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak. Susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.
Zat Besi
Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun. Wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah.



Sumber Maklumat: Berita Minggu



cara mengira body mass index

 

  
Indeks Jisim Badan
Ukuran BMI
a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau
Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:
23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)
Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :
Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.
Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.
c) Mengukur ukur lilit pinggang.
Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).
Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.